Wednesday, July 29, 2009

NILAM ISTIMEWA..

Kami juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan aktiviti NlLAM (Nadi ILmu Amalan Membaca) seperti sekolah-sekolah lain..Apa yang berbeza dari segi jumlah bacaan dan format pertandingan agar ia bersesuaian dengan kebolehan murid..NILAM ISTIMEWA ini telah mula dipertandingkan pada tahun 2008..Ketika itu sekolah kami belum bersedia untuk menghantar wakil ke peringkat kebangsaan..Pada tahun ini latihan untuk menghantar wakil sedang giat dijalankan..Setiap kali perhimpunan mingguan murid akan menceritakan kembali buku yang telah dibacanya..Murid-murid begitu teruja untuk memyampaikan cerita-cerita tersebut..


Diharapkan pada tahun ini sekolah kami dapat mengukir memori indah untuk Pertandingan NILAM ISTIMEWA 2009..

Aina dan Fahmi juga tidak ketinggalan mahu bercerita..




Rekha yang pandai bercerita..

No comments:

Post a Comment